Perrghh minggu ni punya game memang ketaq lutut punya. Dah tentu focus game pade team - team otai EPL,
TOTTENHAM VS CHELSEA
Dekat home ground white hart lane, perlawanan yang memang mencemaskan. tak senang duduk tengok game ni. laju gila sampai penat otak aku nak ikut. Gol pertama perlawanan yang terbayekk dari Pavly menunjukkan bahawa spurs bukan Ayam biase seperti kelab ayam brand liverpool yang tewas kepade team dari Kota baru 3-1.
team ayam hitam ini menggasak chelsea sehingga memaksa abang Carlo menurunkan pemain tonggak beliau Drogba dan Lampard untuk memusnahkan jentera kental pertahanan Spurs. usaha tak sia-sia akhirnya Drogba berjaya menyumbat gol cantik dan bejalan dengan angkuh selepas menjaringkan gol itu.
Itulah bak kata orang tua, Orang Riak selalu rugi..chelsea di hadiahkan penalti selepas gomez merempuh player chelsea. macam biasa Drogba yang angkuh pon amik..seluruh white hart lane bedebar-debar kerana penalti dihadiahkan pada minit2x tambahan. tendangan Drogba berjaya diselamatkan.Gomes menjadi hero Spurs untuk sekian kalinya dan Chelsea pulang hampa dengan keputusan seri yang menyayat hati ni.
 |
| Drogba yang angkuh dengan bayang bayang |
Di Old Trafford pulak.. Pertemuan Syaitoon merah dengan Sang meriam amat memenatkan paru paru penyokong masing masing bernafas. Game dasyat ini telah menyebabkan perut sagna hampir bocor akibat tendangan tanpa bayang Rio Ferdinand. Mungkin sebab faktor rambut beliau yang menyebabkan Rio tak puas ati dengan Sagna.
 |
| samseng geng syaitonn |
Gol tunggal Syaitoon di sumbatkan oleh Park Ji Sung dengan cantik. teknik menjaringkan gol sambil tidur betul betul menganjing pihak lawan. lalu En Wenger memasukkan Cesc Fab dan Van persie kerana terlalu marah dengan teknik yang menganjing tersebut. Tapi apakan daya gabungan kuasa mereka tak mampu nak menembusi kawanan syaiton yang berkawal di kubu kuat mereka Old Trafford. Lalu En Wenger memasukkan budak kecik Walcot menggantikan si kecil yang comel Arshavin yang tak begitu berkesan pada malam itu kerana terlalu takut dengan syaiton-syaiton kejam
Pada game ini Syaiton dapat penalti akibat clichy tergolek dan terhalang bola Nani dengan tangan seraya dihadiahkan Penalti Kick. tapi malangnya Syaitan begitu lembut hati mereka kerana mendapat hidayah pada minit minit terakhir. mungkin ini dilakukan rooney da rude boy untuk membersihkan dosa dengan isterinya. dia dengan sengaja menyepak tinggi penalti tersebut. bersyukur arsenal kerana Rooney telah di berikan hidayah di saat-saat terakhir.
game berkesudahan 1-0. Dan ini menyebabkan syaiton kembali merajai EPL dengan kelebihan 1 perlawanan dalam tangan. Hasrat Arsenal nak menghancurkan record invincible Syaiton tergendala lagi. dendam mereka tak terbalas kerana dulu syaiton pernah menghancurkan record invincible mereka dan membuatkan mereka hampa untuk invincible pada season itu
This week Game terbaik yang di tunggu-tunggu
Chelsea VS Manchester United